Rabu, 16 Januari 2013

MINGGU 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan 

Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

•    Guru perlu memilih bahan bersesuaian dengan pengajaran bagi mendapatkan sesi 
      pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

•     Pemilihan bahan boleh merangkumi bahan :-






ASPEK-ASPEK PENILAIAN PEMILIHAN BAHAN BAHASA MELAYU


Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.



 


 Kewibawaan (Credibility)
  •  Dinilai menerusi kewibawaan penulis atau pengendali laman web berkenaan


Ketepatan (Accuracy)
  • Merujuk kepada tarikh, fakta dan maklumat yang mengiringi sesuatu bahan sumber itu  sama ada telah ditulis dengan betul atau tidak.

Kewajaran (Reasonableness)
  •  Merujuk kepada sama ada ia menggambarkan keadilan, pernyataan pendapat yang    seimbang,  sederhana serta ketekalan maklumat yang dipaparkan.

Sokongan (Support) 
  • Kejelasan sumber rujukan yang telah digunakan oleh penulis bahan sumber itu.







FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN BAHAN

•         Umur
•         Tahap
•         Aktiviti



MEMILIH BAHAN TATABAHASA

•         Jenis-jenis Bahan Tatabahasa

       Kata Nama
       Kata Kerja
       Kata Tugas
       Kata Sendi Nama



FAKTOR PEMILIHAN BAHAN





















MEMILIH BAHAN BIDANG ILMU LAIN

•         Ilmu Agama
•         Ilmu Sains
•         Ilmu Matematik
•         Ilmu Sejarah
•         Ilmu Kajian Geografi
•         Ilmu Semasa



FAKTOR PEMILIHAN BAHAN

•         Kesesuaian
•         Tahap
•         Kesinambungan
•         Aktiviti

Jumaat, 11 Januari 2013

Minggu 3- Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet


ETIKA KOMPUTER

· Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul  (panduan).

· Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah  antara isu atau dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.



MASALAH MORAL DAN ETIKA 

  •  Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu: ·
o  Penggertak ·
o  Penyalahgunaan internet ·
o  Virus ·
o  Hak cipta ·
o  Perisian cetak rompak

     Penggertak (Hacker)


   ·      Penggertak (Hacker)  ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
   ·      Penggertak  tidak menulis program untuk membangunkan perisian  tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.




    

   Penyalahgunaan Internet ·

   · Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita  telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para  pengguna Internet terutamanya dalam kalangan remaja.

   ·   Pengguna internet yang tidak beretika mengambil kesempatan menggunakan internet untuk tujuan mengakses bahan-bahan   lucah, menyebarkan berita palsu, menfitnah atau lebih dikenali  sebagai pembuli siber (cyber bullying).

        Virus


    ·      Penyebaran virus - merosakkan sistem, data,  perisian,  melumpuhkan rangkaian komputer.






   Hak Cipta Terpelihara (Copyright)

·      Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta.
·      Mendapatkan keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

  Perisian Cetak Rompak (Pirate)


         ·      Maklumat yang diperolehi yang tidak  mendapat kebenaran pemilik asal untuk  dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.

         ·      Lebih mendukacitakan terdapat pihak yang  menggunakan salinan cetak rompak untuk  dijual secara haram. 



         Isu keselamatan internet  biasanya akan dipandang remeh oleh sesetangah pihak selagi kesan buruk belum dialamai oleh pengguna terutamanya pelajar. Tanggungjawab keselamatan sering akan dibebankan kepada kakitangan teknikal kerana mereka merupakan orang yang lebih arif dengan kesan dan kaedah pelindungan. Oleh itu, guru masa kini harus lebih peka akan hal ini dan perlu dibekalkan dengan kemahiran ICT yang terkini. Disebabkan mudahnya sesuatu sistem itu digunakan adalah bertentangan dengan ketatnya polisi keselamatan, pemilihan antara dua perkara ini mestilah diletakkan kepada polisi keselamatan. Sewajarnya, pendidikan komputer dalam pembelajaran perlu  menitikberatkan pemahaman dan kesedaran pelajar terahadap kod etika aplikasi garis panduan dan penggunaan internet. Berikut merupakan suatu cara mudah untuk menyebarkan maklumat kepada pelajar dengan berkesan.





Brosur Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet untuk Pelajar
- Penyebaran maklumat sebegini  berkesan untuk mendidik pelajar mematuhi peraturan dalam menggunakan kemudahan komputer. :)

*Diharapkan nota ini dapat membantu anda semua.








Khamis, 10 Januari 2013

MINGGU 2 : Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu


  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam “folder” berdasarkan    kemahiran bahasa.


Apa itu ‘Enjin Pencari’?

·  Merupakan perisian (software)  yang digunakan untuk mencari maklumat dalam sistem internet.
·   “Enjin pencari”  dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
·    Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran  maklumat yang hendak kita dapatkan.



Tujuan dan Jenis Enjin Pencari.


Ø  Tujuan dalam Konteks Pendidikan.

*     Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
*     Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.


Ø  Jenis ‘enjin pencari’



Dimanakah enjin pencari dapat dilihat?

§  Tempat enjin pencari dapat dilihat ialah seperti di bawah,

Contoh 1:




Contoh 2 :



Contoh 3:




Cara Mengkategorikan Maklumat:

·                  Video
·                  Gambar
·                  Ruangan 
·                  Lagu
·                  Multi
·                  Permainan
·                  Perniagaan


Bagaimana mendapat maklumat di internet?
1.      Mengenalpasti tajuk.
2.  Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
3.    Memilih enjin pencarian yang tepat.
4.   Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan dan pelbagai.)
5.   Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.



*Selamat Membaca :)








Ahad, 6 Januari 2013

MINGGU 1 : Apakah Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu?


Asaalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua....
Kiriman sebelum ini merupakan pengenalan kepada Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Ianya berkisar tentang kepentingan dan kerelevanan penggunaan teknologi pekomputeran dalam dunia pendidikan. 
Berikut merupakan kuliah minggu pertama. 


Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.


Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.


Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet:


Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.comLihat contoh di bawah.

Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.


1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.


Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.


Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.

  • Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak. 
  •  Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda. 
  • Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu. 
  •  Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan. 

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.


Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet


Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu.

Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikutdiberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.

Contoh Alamat Internet. 

  • Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita
  • Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar
  • Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu 
  • Memperkasa Pantun Melayu
  • Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya

1.3.2 Katalog Alamat Internet.

Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yangdisertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:

  1. Tajuk 
  2. URL 
  3. Sinopsis 
Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

Katalog Alamat Internet
Tajuk
Peribahasa Melayu 

URL

Sinopsis Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.

  • Tajuk
  • Seni Tenun Melayu 
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.
Tajuk
Tatabahasa Kata Nama

URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm 
Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.
Sumber : http://bmm3105wanie.blogspot.com/2011/01/apakah-penggunaan-enjin-pencari-bahan.html