Jumaat, 11 Januari 2013

Minggu 3- Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet


ETIKA KOMPUTER

· Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul  (panduan).

· Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah  antara isu atau dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.



MASALAH MORAL DAN ETIKA 

  •  Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu: ·
o  Penggertak ·
o  Penyalahgunaan internet ·
o  Virus ·
o  Hak cipta ·
o  Perisian cetak rompak

     Penggertak (Hacker)


   ·      Penggertak (Hacker)  ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
   ·      Penggertak  tidak menulis program untuk membangunkan perisian  tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.




    

   Penyalahgunaan Internet ·

   · Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita  telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para  pengguna Internet terutamanya dalam kalangan remaja.

   ·   Pengguna internet yang tidak beretika mengambil kesempatan menggunakan internet untuk tujuan mengakses bahan-bahan   lucah, menyebarkan berita palsu, menfitnah atau lebih dikenali  sebagai pembuli siber (cyber bullying).

        Virus


    ·      Penyebaran virus - merosakkan sistem, data,  perisian,  melumpuhkan rangkaian komputer.






   Hak Cipta Terpelihara (Copyright)

·      Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta.
·      Mendapatkan keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

  Perisian Cetak Rompak (Pirate)


         ·      Maklumat yang diperolehi yang tidak  mendapat kebenaran pemilik asal untuk  dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.

         ·      Lebih mendukacitakan terdapat pihak yang  menggunakan salinan cetak rompak untuk  dijual secara haram. 



         Isu keselamatan internet  biasanya akan dipandang remeh oleh sesetangah pihak selagi kesan buruk belum dialamai oleh pengguna terutamanya pelajar. Tanggungjawab keselamatan sering akan dibebankan kepada kakitangan teknikal kerana mereka merupakan orang yang lebih arif dengan kesan dan kaedah pelindungan. Oleh itu, guru masa kini harus lebih peka akan hal ini dan perlu dibekalkan dengan kemahiran ICT yang terkini. Disebabkan mudahnya sesuatu sistem itu digunakan adalah bertentangan dengan ketatnya polisi keselamatan, pemilihan antara dua perkara ini mestilah diletakkan kepada polisi keselamatan. Sewajarnya, pendidikan komputer dalam pembelajaran perlu  menitikberatkan pemahaman dan kesedaran pelajar terahadap kod etika aplikasi garis panduan dan penggunaan internet. Berikut merupakan suatu cara mudah untuk menyebarkan maklumat kepada pelajar dengan berkesan.





Brosur Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet untuk Pelajar
- Penyebaran maklumat sebegini  berkesan untuk mendidik pelajar mematuhi peraturan dalam menggunakan kemudahan komputer. :)

*Diharapkan nota ini dapat membantu anda semua.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan